KATA-LATA ALUAN:

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
PIBG SK SUNGAI DANGA
http://pibgsksgdanga.blogspot.com/

Isnin, 23 Julai 2012

Penyerahan Sumbangan Kecemerlangan




Tahniah kepada calon UPSR yang berjaya mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau Matematik atau Sains. Teruskan dan tingkatkan lagi usaha ada untuk mendapat keputusan yang lebih cemerlang lagi. Tahniah sekali lagi diucapkan.

Isnin, 16 Julai 2012

Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2012/2014 Kali ke 2

akan diadakan pada:

TARIKH: 18 JULAI 2012
MASA: 1.30 PETANG
TEMPAT: MAKMAL SK SUNGAI DANGA

Tuan/Puan AJK PIBG diminta mengadiri mesyuarat berkenaan.
Jamuan ringan disediakan.

Rabu, 16 Mei 2012

Sambutan Hari Guru

Sambutan Hari Guru tahun ini telah dirasmikan oleh En Mohd Yunos Bin Hj Malek,  YDP PIBG SKSD. Warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian YDP untuk menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih.


Jumaat, 24 Februari 2012

Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2012/2014 kali 1


 
Mesyuarat ini diadakan di Restoran Damai Seafood. Kesemua AJK PIBG hadir untuk dalam mesyuarat tersebut.

Selasa, 21 Februari 2012

PENGUMUMAN:

KUTIPAN SUMBANGAN PIBG 

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG yang diadakan pada 18 Feb 2012 telah menetapkan dan memutuskan  sumbangan PIBG bagi tahun 2012 sebanyak RM30.00 (Ringgit Malaysia: Tiga puluh sahaja) bagi setiap satu keluarga. 

Notis kutipan sumbangan boleh dilihat di lampiran berikut. Sekian, terima kasih.

PENGUMUMAN:

MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-1 2012

TARIKH : 24 FEBRUARI 2012 (JUMAAT) 
MASA    : 8.30 MALAM
TEMPAT: RESTORAN DAMAI SEAFOOD 

Sila rujuk surat panggilan untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih.

Sabtu, 18 Februari 2012

Mesyuarat Agung PIBG SKSG 2012

Mesyuarat Agung kali ini mencatatkan pertambahan kehadiran tetamu iaitu seramai 100 orang ibu bapa. Mesyuarat Agung yang ke 28 ini juga melihatkan barisan baru 'jentera' penggerak PIBG yang diketuai oleh En Mohd Yunos Bin Malek. Beliau mengharapkan anggota PIBG yang baru dilantik ini dapat menjalankan tugas dengan baik bersama-sama dengan beliau.