KATA-LATA ALUAN:

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
PIBG SK SUNGAI DANGA
http://pibgsksgdanga.blogspot.com/

Kata Aluan YDP

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada  Tn Guru Besar dan semua AJK PIBG kerana dapat mewujudkan portal ini. Sememangnya telah menjadi hasrat  saya sekian lama untuk mewujudkan portal ini. Maka alhamdulilah, pada hari ini ianya telah dapat direalisasikan hasil kerja keras semua AJK dan sokongan pihak sekolah.
Antara tujuan utama portal ini diwujudkan adalah bagi memberi ruang kepada semua ibu bapa dan guru untuk sama-sama memberikan idea dan pendapat bagi memajukan sekolah serta membantu kemajuan anak-anak kita samada secara online atau pun pesanan email. Seiring dengan kemajuan internet masa kini, web ini diharapkan sebagai penyelesaian alternatif kepada masalah berkaitan penglibatan pasif di kalangan ahli PIBG.
Terdapat pelbagai maklumat dan informasi yang boleh diakses oleh semua ahli menerusi portal ini. Saya percaya, web admin portal ini akan cuba untuk memuat naik maklumat-maklumat terbaru dan semasa bagi rujukan semua ahli. Saya percaya dengan menggunakan saluran fasiliti internet yang telah tersedia di sekolah ini dan di seluruh negara, Portal PIBG ini  berkemampuan untuk  menjadi salah satu jalan penyelesaian kepada medium penyebaran  infomasi dan merapatkan jurang komunikasi di antara ibu bapa dan guru.
Harapan saya semoga portal yang dibangunkan ini akan dapat dimanafaatkan oleh semua ahli demi untuk kemajuan anak-anak kita. Selamat Melayari Portal ini.