KATA-LATA ALUAN:

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
PIBG SK SUNGAI DANGA
http://pibgsksgdanga.blogspot.com/

Aktiviti 2010-2011 Page 1


1.      8 Mei 2010: Program Jaya: (Motivasi Ibu Bapa)
-       Ceramah kesedaran tentang pentingnya ilmu dan pergi ke sekolah yang disampaikan oleh Ustaz Rashid telah memberi impak yang besar dalam diri murid-murid dan juga ibu bapa.

 

2.      16 Mei 2010: Hari Guru
-          Sambutan Hari Guru peringkat sekolah diadakan bagi mengingati jasa dan pengorbanan guru-guru SK Sungai Danga dengan bertemakan “Guru Pembina Negara Bangsa”.

 

3.      22 Mei 2010: Lawatan Ke Perpustakaan Negeri Johor
-          Lawatan ke Perpustakaan Negeri Johor bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar serta ibu bapa tentang budaya membaca. Seramai lebih daripada 20 orang murid dan 20 orang ibu bapa serta guru telah mengikuti lawatan tersebut.

 

4.      26 Jun 2010: Jamuan Amal
-          Jamuan amal yang dihadiri oleh YB Dato Osman Bin Hj. Sapian, Wakil Adun Kempas dan Mohamad Khairi Bin Hj Malek, Setiausaha Politik kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan wakil syarikat-syarikat yang telah memberi sumbangan telah memeriahkan lagi malam majlis jamuan amal tersebut. Jamuan amal ini dijalankan bagi mengeratkan lagi hubungan ibu bapa, guru dan masyarakat setempat selain dari mencari dana untuk perbelanjaan aktiviti PIBG SK Sungai Danga.


5.      26 September 2010: Majlis Berbuka Puasa Bersama PDRM IPDJB Utara
-          Majlis bertempat di Masjid Jamek Kg. Sungai Danga ini diadakan anjuran bersama PIBG, JKK dan UMNO Cawangan Danga. ACP Tuan Roslan Bin Hassan dan seramai 60 orang anggota PDRM IPDJB Utara telah hadir dalam majlis tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan